Home Nasional Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari
Nasional

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari

Hujan berterusan dijangka di empat negeri bermula esok hingga 6 Januari

Foto hiasan

PETALING JAYA, 3 Januari– Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori waspada bagi beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor dalam tempoh 4 hingga 6 Januari 2025.

MET Malaysia menerusi kenyataan berkata kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta seluruh Terengganu

Manakala, di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin serta negeri Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) sehingga pukul 12.00 tengah hari ini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....