Home Nasional Hujan berterusan (bahaya) dijangka di Pahang & Johor
Nasional

Hujan berterusan (bahaya) dijangka di Pahang & Johor

Hujan berterusan (bahaya) dijangka di Pahang & Johor

Foto Fail

PETALING JAYA, 12 Januari– Hujan sangat lebat berterusan kategori bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Pahang dan Johor hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan berkata kawasan yang terlibat di negeri Pahang adalah Rompin dan Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran hujan lebat berterusan kategori buruk pula dijangka berlaku beberapa kawasan di negeri Pahang (Maran, Kuantan, Bera dan Pekan) dan Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).

Sementara itu, hujan berterusan kategori waspada dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

\”Di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin),

\”Di Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) serta Bintulu)\”, kata METMalaysia dalam kenyataan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....