Home Nasional Hubungan Malaysia-China melebihi perdagangan, pelaburan
Nasional

Hubungan Malaysia-China melebihi perdagangan, pelaburan

Hubungan Malaysia-China melebihi perdagangan, pelaburan

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 25 Januari-Hubungan Malaysia-China melebihi pelaburan, perdagangan, kefahaman dan rasa hormat meliputi budaya serta peradaban.

Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata, kesemua perkara berkenaan perlu seiring dengan kerjasama ekonomi kedua-dua negara.

\”Hubungan ini bukan sahaja dalam ekonomi seperti perdagangan dan pelaburan malah ia perlu menjamin keamanan dan membina persahabatan berdasarkan kepercayaan. Satu ciri penting dan unik dalam kesemua ini disokong dasar dan wawasan.

\”Perkara ini untuk memastikan asas pengukuhan ekonomi, keamanan negara dan kestabilan kedua-dua negara terjamin. Selain itu perlu adanya visi untuk menghormati perbezaan budaya dan menghormati makna sebenar tamadun,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada sambutan Tahun Baharu Cina yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China di ibu negara.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul;Menteri Pelancongan,Seni dan BudayaDatuk Seri Tiong King Sing; Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China Sun Yeli.

Sebelum itu majlis turut mempamerkan persembahan dron dan pencahayaan sebagai simbol persahabatan Malaysia-China.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....