Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Hubungan Malaysia-China, IPT main peranan penting perkukuh kerjasama
Nasional

Hubungan Malaysia-China, IPT main peranan penting perkukuh kerjasama

Hubungan Malaysia-China, IPT main peranan penting perkukuh kerjasama

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 14 Oktober– Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta, memainkan peranan penting dalam hubungan Malaysia-China.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata ia bukan sahaja sebagai institusi pembelajaran malah juga enjin inovasi dan kerjasama dua hala.

\”Sempena dengan kita meraikan 50 tahun hubungan diplomatik dengan China tahun ini, kita telah mengadakan pelbagai kerjasama pendidikan yang telah mengukuhkan lagi hubungan dua hala.\”

\”Ia memanfaatkan ribuan pelajar, selain merapatkan jurang kebudayaan dan intelektual antara dua negara.\”

Melalui kepimpinan tersebut, Malaysia dan China bukan sahaja bertukar kepakaran malah membina hubungan akrab antara generasi muda,\” kata Datuk Mustapha.

Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian dan pelancaran Siri Buku Inisiatif Belt and Road sempena meraikan pencapaian hubungan Malaysia-China, ulang tahun ke-50 di ibu negara.

Mengulas mengenai majlis tersebut dua buku diperkenalkan, Siri Buku Ulasan Cendekiawan BRI (Edisi Kedua) dan Buku Komik Junior bagi memperingati hubungan dua hala itu.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...