Home Nasional HSN 2024 : Rakyat Malaysia di Tehran buat aktiviti mendaki
Nasional

HSN 2024 : Rakyat Malaysia di Tehran buat aktiviti mendaki

HSN 2024 : Rakyat Malaysia di Tehran buat aktiviti mendaki

Diaspora Malaysia bersama-sama kakitangan kedutaan mengadakan pendakian ke stesen kedua kompleks Tochal di Velenjak, utara Tehran

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Hari Sukan Negara (HSN) tahun ini turut diraikan rakyat Malaysia di Tehran dengan cara yang unik.

Diaspora Malaysia bersama-sama kakitangan kedutaan mengadakan pendakian di kawasan pemandangan indah untuk mengukuhkan hubungan komuniti dan perpaduan.

Kedutaan Malaysia di Tehran berkata, pendakian ke stesen kedua kompleks Tochal di Velenjak, utara Tehran dilakukan dengan jarak pusingan lapan kilometer pada Jumaat.

\”Pendakian dipilih kerana ia melambangkan aktiviti budaya bersama antara rakyat Malaysia dan Iran.

\”Kedutaan berhasrat untuk menghayati tradisi Iran yang kaya serta mempromosikan kecergasan fizikal, selaras dengan usaha Malaysia untuk menggalakkan gaya hidup sihat,\” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Iran Khairi Omar menekankan kepentingan acara sebegini dalam memupuk semangat perpaduan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia di luar negara.

\”Kami berbangga melihat ramai peserta, termasuk kakitangan dan keluarga mereka, berkumpul dalam semangat Hari Sukan Negara.

\”Acara mendaki ini adalah peringatan yang penting dan tepat pada masanya tentang kepentingan kesihatan, kerjasama berpasukan, dan mengekalkan hubungan komuniti yang kukuh walaupun ketika kami berjauhan dari tanah air,\” katanya.

Dalam pada itu kedutaan turut berharap menganjurkan lebih banyak acara melibatkan komuniti Malaysia di Iran selain mempromosikan gaya hidup sihat, dan mendekatkan rakyat Iran dan Malaysia.

Related Articles

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik
Nasional

TMM 2026: Negeri disaran agresif perkenal pakej pelancongan menarik

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing/ BERNAMAKUALA LUMPUR,...

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur
Nasional

48 premis, bangunan terbiar dikenal pasti di Kuala Lumpur

Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa/ Foto RTMKUALA LUMPUR, 25 Mac- Sebanyak 48...

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai
Nasional

Semangat dedikasi, pengorbanan warga PDRM harus disyukuri & dihargai

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah YusofKUALA LUMPUR, 25 Mac– Semangat dedikasi dan...

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri
Nasional

KPDN Kedah pantau bekalan minyak masak peket menjelang Aidilfitri

Foto RTMALOR SETAR, 25 Mac– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara...