Home Nasional Hospital Pasir Gudang dijangka mula operasi lebih awal
Nasional

Hospital Pasir Gudang dijangka mula operasi lebih awal

Hospital Pasir Gudang dijangka mula operasi lebih awal

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon

JOHOR BAHARU, 12 Ogos-Hospital Pasir Gudang di Johor Bahru dijangka beroperasi dua bulan lebih awal iaitu pada Februari 2025 sekiranya pembinaan selesai hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata pembinaan hospital itu setakat ini telah mencapai kemajuan kira-kira 60 hari lebih awal daripada jadual.

\”Mudah-mudahan hujung tahun kita boleh selesai dari segi pembinaan dan kalau selesai kita dapat serah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

\”Saya dimaklumkan Februari tahun depan kita dapat beroperasi berperingkat,\”katanya pada program Modal Insan Latihan MTLS yang julung kali diadakan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kecemasan dan trauma disini.

Jun lepas, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, dipetik berkata hospital tersebut dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada April berdasarkan kemajuan pembinaan.

Projek bernilai RM375.7 juta itu melibatkan enam skop kerja termasuk membina sebuah hospital bertaraf hospital pakar, kuarters kelas G dan asrama jururawat.

Jun lepas, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan, dipetik berkata hospital tersebut dijangka dapat beroperasi sepenuhnya pada April berdasarkan kemajuan pembinaan.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...