Home Nasional Hospital didakwa cuai, bapa buat laporan polis
Nasional

Hospital didakwa cuai, bapa buat laporan polis

Hospital didakwa cuai, bapa buat laporan polis

Mohd Hazwan Hamidun

KUALA TERENGGANU, 26 Disember- Laporan polis kedua dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu oleh seorang individu mendakwa sebuah hospital di sini cuai mengendalikan bayinya berusia dua hari.

Bapa bayi berkenaan Muhammad Syarifuddin Manan, 24 bersama peguamnyaMohd Hazwan Hamidun hadir ke IPD Kuala Terengganu untuk membuat laporan.

\”Saya sangat kecewa, laporan ini dibua untuk mendapatkan keadilan untuk anak saya dan juga untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang.

\”Saya takut sekiranya perkara sama terjadi kepada orang lain. Saya kecewa sebab belum mendapat maklum balas positif daripada hospital berkenaan,\” katanya kepada pemberita di sini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 17 November lepas ketika urusan perpindahan bayi ke sebuah hospital lain yang terletak di sebuah daerah dalam negeri itu.

Ketika kejadian bayi berkenaan berada di dalam katil dipercayai telah terjatuh di sisi sebuah kenderaan hingga menyebabkan pendarahan di kepala.

Berikutan kejadian itu bayi berkenaan terpaksa menerima rawatan susulan hingga tiga kali dimasukkan ke sebuah hospital kerana serangan sawan yang disyaki berpunca daripada pendarahan di kepala.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....