Home Nasional Hormati kuasa prerogatif Agong, PDRM gesa orang ramai tidak sertai perhimpunan haram
Nasional

Hormati kuasa prerogatif Agong, PDRM gesa orang ramai tidak sertai perhimpunan haram

Hormati kuasa prerogatif Agong, PDRM gesa orang ramai tidak sertai perhimpunan haram

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 3 Januari- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa supaya orang ramai tidak menyertai sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menerusi satu kenyataan berkata PDRM menjunjung titah kenyataan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif pengampunan yang termaktub dalam Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

\”Demi menghormati titah kenyataan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan menjaga keselamatan serta ketenteraman awam, PDRM menggesa supaya orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak\”, jelasnya dalam kenyataan.

Jelas Razarudin, pihaknya turut menyeru semua rakyat untuk terus mendukung prinsip Rukun Negara, terutamanya berkaitan kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan, yang menjadi asas kepada keharmonian dan kemakmuran negara.

Terdahulu, beberapa parti politik didakwa bakal menganjurkan Himpunan Solidariti pada 6 Januari (Isnin) depan di Istana Kehakiman Putrajaya sebagai tanda sokongan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....