Home Nasional HKHM medium perkukuh identiti kebangsaan, rai kepelbagaian budaya, agama dan etnik
Nasional

HKHM medium perkukuh identiti kebangsaan, rai kepelbagaian budaya, agama dan etnik

HKHM medium perkukuh identiti kebangsaan, rai kepelbagaian budaya, agama dan etnik

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Ogos- Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dilihat sebagai medium untuk memperkukuh identiti kebangsaan selain meraikan kepelbagaian budaya, agama dan etnik.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan ekspresi masyarakat MADANI mensyukuri nikmat kemerdekaan dan memperingati perjuangan hingga terbentuknya negara Malaysia.

\”Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 pada 21 Julai yang lalu merupakan tanda bermulanya kira detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos yang akan diadakan di Dataran Putrajaya. Momentum kemeriahan ini akan diteruskan hingga sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.

\”Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang(KMJG)merupakan salah satu aktiviti utama sempena sambutan HKHM. Konvoi ini membawa mesej kenegaraan dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang di setiap sempadan negeri,\” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di ibu negara.

Fahmi turut merasmikan pelepasan 70 peserta konvoi Kembara Merdeka yang akan menamatkan perjalanan di Putrajaya esok.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...