Thursday , 6 February 2025
Home Nasional HKHM 2024: Kementerian Komunikasi terima sumbangan tajaan bernilai RM4.09 juta
Nasional

HKHM 2024: Kementerian Komunikasi terima sumbangan tajaan bernilai RM4.09 juta

HKHM 2024: Kementerian Komunikasi terima sumbangan tajaan bernilai RM4.09 juta

Foto RTM

PUTRAJAYA, 15 Ogos– Kementerian Komunikasi menerima sumbangan penajaan keseluruhan berjumlahRM4.09 juta sempena Sambutan Hari Kebangsaan danHari Malaysia (HKHM) Tahun 2024.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata sumbangan yang diterimamenerusi Jawatankuasa Penajaan Kementerian Komunikasi berjumlah RM2.03 juta manakala tajaan berbentuk \’mobilefloat\’ untuk perarakan HKHM 2024 sebanyak RM2.06 juta.

\”Alhamdulillah, peningkatan yang melebihijangkaan yang diharapkan berbanding tahun lepas.Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepadasemua rakan strategik Kementerian Komunikasi yang telahmemberikan sumbangan penajaan.\”

\”Tidak kira berapa pun nilainya,kecil atau besar, sedikit atau banyak, pihak kementerian terimadengan amat besar hati. Sesungguhnya, sumbangan anda amatbermakna kepada semua rakyat Malaysia dalam menyambut HKHM2024,\” kata Fahmi dalam ucapannya, hari ini.

Fahmi ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Kementerian Komunikasi sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia HKHM 2024, di sini hari ini.

Katanya, sumbangan penajaan yang diterima dalam bentuk wang tunai akan disalurkan ke dalam Akaun Amanah Hari Kebangsaan yangdigunakan bagi tujuan persiapan sambutan HKHM.

Sementara itu, sumbangan penajaan bagi barangan pula akan diedarkandan diagihkan oleh Pasukan Sukarelawan KementerianKomunikasi kepada orang ramai yang akan menghadiri sambutanHari Kebangsaan di Dataran Putrajaya nanti.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...