Home Nasional Himpunan Solidariti Palestin mesej protes kepada Israel
Nasional

Himpunan Solidariti Palestin mesej protes kepada Israel

Himpunan Solidariti Palestin mesej protes kepada Israel

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Ogos-Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Himpunan Pembebasan Palestin Ahad ini sebagai mesej protes terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.

Menurutnya, kenyataan turut dikeluarkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menggesa semua pihak tanpa mengira latarbelakang agama mendukung perjuangan demi membentuk sebuah negara Palestin yang merdeka.

\”Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan telah memberi kenyataan di Dewan Rakyat dan Kabinet telah bersepakat mengecam keganasan berterusan dan pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Ismail Haniyeh.

\”Kita juga mengadakan perhimpunan untuk menyokong perjuangan Palestin dan Gaza\”, katanya kepada media selepas menghadiri Majlis bacaan Yasin dan Tahlil yang berlangsung di sini, hari ini.

Perhimpunan anjuran kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) itu akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.

Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri Majlis Bacaan Tahlil, Yasin dan Doa Selamat bersempena Hari Pahlawan di Masjid Negara yang dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman serta Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Rabu lalu, pemimpin Hamas, Ismail Haniyehdan pengawal keselamatannya terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu di sebuah bangunan yang merupakan lokasi majlis angkat sumpah Presiden baharu Iran,Masaoud Pezeshkian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....