Home Nasional Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTM

LANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di Pantai Kok, Langkawi, Kedah bagi memberi keselesaan kepada pengunjung ke kawasan tersebut.

Pembinaan hentian rehat yang menelan kos sejumlah RM3.4 juta itu adalah projek kerjasama sektor awam dan swasta dengan kelengkapan kemudahan seperti 25 lot tempat letak kereta, 10 lot tempat letak kendera saji (food truck), ruang makan, surau dan juga tandas.

Menurut Ketua Pengawai Eksekutif Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA) Datuk Haslina Abdul Hamid, pembangunan hentian rehat tersebut bermula pada 23 Oktober tahun lalu dan siap sepenuhnya pada 29 Ogos 2024.

“Seterusnya Majlis Perbandaran Langkawi (MPL) telah meluluskan permohonan Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance atau CCC) pada mesyuarat OSC yang berlangsung pada 22 Oktober 2024” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kemudahan awam Hentian Pantai Kok, Langkawi, Kedah kepada Majlis Perbandaran Langkawi.

Hadir sama Setiausaha MPL, Hamizie Ibrahim dan wakil Pejabat Daerah Langkawi.

Tambah beliau lagi, kemudahan ini dijangka akan dibuka kepada umum pada Januari 2025 nanti.

1311 HETNIAN REHAT PANTAI KOK 2FOTO RTM

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....