Home Nasional Hari Peneroka Felda, lebih 1,000 warga Felda sertai Felda Berselawat
Nasional

Hari Peneroka Felda, lebih 1,000 warga Felda sertai Felda Berselawat

Hari Peneroka Felda, lebih 1,000 warga Felda sertai Felda Berselawat

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) hadir pada Program Felda Berselawat Sempena Perasmian Sambutan Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) / Foto Bernama

SERDANG, 12 Julai – Lebih 1,000 warga Felda hadir menyerikan Program Felda Berselawat sempena Hari Peneroka Felda 2024 yang bermula hari ini hingga Ahad di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Hadir ke majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Majlis diserikan dengan alunan qasidah dan selawat nabi serta tazkirah oleh Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin.

Pada majlis tersebut , Saiful Anam Alisaa dari Felda Sungai Behrang diumum pemenang bagi Anugerah Tokoh Iman Felda.

Manakala Anugerah Masjid Contoh dimenangi oleh Masjid Nurul Iman Felda Palong, Segamat.

Hari Peneroka Felda bertemakan \’Segalanya Felda\’, bertujuan memperingati pengorbanan, meraikan sumbangan serta peranan peneroka Felda seluruh negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....