Home Nasional Hari ketiga operasi SAR Vijayaletchumy diteruskan
Nasional

Hari ketiga operasi SAR Vijayaletchumy diteruskan

Hari ketiga operasi SAR Vijayaletchumy diteruskan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos– Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus diteruskan hari ini di lokasi kejadian, berhampiran Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Operasi SAR yang telah berlangsung selama lebih 48 jam, kini ditumpukan kepada usaha pencarian di enam lurang kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) ke loji IWK di Pantai Dalam.

Enam lurang kumbahan tersebut terletak di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Bank Pertanian berhampiran Lebuh Pasar dan Jalan Kinabalu.

Pengamal media kelihatan berkumpul di lokasi kejadian sejak awal pagi lagi bagi mendapatkan perkembangan terkini situasi operasi.

Beberapa premis perniagaan turut kelihatan beroperasi di sekitar kawasan tersebut.

Bagaimanapun Ketua Polis Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman pada sidang media semalam, menyarankan agar orang ramai menghadkan pergerakan dan tidak mengunjungi lokasi kejadian atas faktor keselamatan.

Ia berikutan risiko gas beracun yang boleh membahayakan orang ramai dan pasukan penyelamat.

Dalam kejadian pagi Jumaat, mangsa dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48 tahun, hilang selepas terjatuh di dalam lubangsedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa dan keluarganya yang melancong di negara ini, dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan untuk menuju ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....