Home Nasional Hari kanak-kanak sedunia meriah, cipta rekod MBOR
Nasional

Hari kanak-kanak sedunia meriah, cipta rekod MBOR

Hari kanak-kanak sedunia meriah, cipta rekod MBOR

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak beramah mesra bersama kanak-kanak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia / Foto RTM

GEORGE TOWN, 9 November – Lebih 3,200 kanak-kanak menyertai sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

EXCO Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim berkata, program berkenaan mencatat sejarah tersendiri apabila julung kali diadakan di pekarangan kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Seri Mutiara.

\”Kami berbesar hati apabila Tun Ahmad Fuzi sudi memberi keizinan kepada semua peserta meraikan hari kanak-kanak peringkat negeri di kediaman beliau.

\”Sambutan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif berteraskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),\” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian sambutan berkenaan di sini hari ini.

Perasmian disempurnakan Tun Ahmad Fuzi yang turut dihadiri isteri Toh Puan Khadijah, Pengarah JKM negeri Zakaria Taib dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Datuk Dr. Fazilah Shaik Alauddin.

Program berkenaan turut mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBOR) melalui penyertaan kanak-kanak teramai dalam pembelajaran peranti defibrilator luaran automatik (AED).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....