Home Nasional Hargai semangat perjuangan, perpaduan diwariskan pemimpin terdahulu- PM Anwar
Nasional

Hargai semangat perjuangan, perpaduan diwariskan pemimpin terdahulu- PM Anwar

Hargai semangat perjuangan, perpaduan diwariskan pemimpin terdahulu- PM Anwar

Datuk Seri Anwar berucap pada majlis ramah mesra pemimpin komuniti masyarakat Kapit di sini, hari ini.

KAPIT, 29 September– Hargai semangat perjuangan dan perpaduan yang diwariskan pemimpin terdahulu ketika penubuhan Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata negarawan seperti Tun Temenggung Jugah Anak Barieng salah seorang pemimpin, yang telah menunjukkan kebijaksanaan serta wawasan untuk menjamin masa depan Sarawak dan juga Malaysia.

\”Sarawak dianggap negeri yang berpotensi dan mempunyai kekuatan terutama dalam bidang tenaga, di antara yang terpenting di rantau ini…bukan di Malaysia. Seperti yang disebut berulang kali oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kejayaan Sarawak itu kejayaan kita semua kerana apa yang dicapai itu dinikmati oleh semua,\” katanya.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra pemimpin komuniti masyarakat Kapit di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi keutamaan bagi pembinaan beberapa projek jalan di Bahagian Kapit.

Beliau berkata antaranya ialah projek pembinaan jalan menghubungkan Nanga Semaram di Kanowit ke Kapit, sejauh 72 kilometer.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata fasa pertama pembinaan jalan itu dijangka bermula tahun hadapan dan telah meminta Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi untuk menyegerakannya.

“Tahun depan kita sediakan peruntukan untuk mula fasa satu dan saya percaya selewat-lewatnya akhir tahun depan atau tahun 2026 (pembinaan bakal bermula),” katanya.

Pada lawatan kerja sehari ke Kapit hari itu, Perdana Menteri turut merasmikan majlis pecah tanah projek baharu pembangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Kapit dan mendengar taklimat mengenai pembinaan jambatan merentasi Sungai Batang Rajang di Nanga Yong.

Selain itu, beliau turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin Masyarakat Rumah Panjang Daerah Kapit dan Song di Rumah Robert, Nanga Sebatu, di sini.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...