Home Nasional Harga RON97, diesel turun 2 sen
Nasional

Harga RON97, diesel turun 2 sen

Harga RON97, diesel turun 2 sen

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 4 September – Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 2 sen masing-masing kepada RM3.40 seliter dan RM3.16 seliter bagi tempoh 5 hingga 11 September.

Harga runcit petrol RON 95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, pengurangan harga runcit dua bahan api itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

\”Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,\” menurut kenyataan itu.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian menjelaskan kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....