Home Nasional Harap ibu pejabat baharu MOM tingkat prestasi atlet negara – TPM
Nasional

Harap ibu pejabat baharu MOM tingkat prestasi atlet negara – TPM

Harap ibu pejabat baharu MOM tingkat prestasi atlet negara – TPM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada malam Anugerah MOM ke-27/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 12 Disember – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap pembinaan ibu pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Bukit Jalil dapat memberi motivasi dalam meningkatkan prestasi atlet negara.

Jelas beliau, pembangunan baharu itu dipersetujui Menteri Belia dan Sukan bagi pihak kerajaan.

\”Saya mengharapkan bangunan baru di Bukit Jalil ini akan memberikan motivasi baharu bagi MOM untuk membawa athletic atlet kita bagi menghadapi sukan olimpik dan sukan-sukan di peringkat serantau dengan sekurang-kurangnya dua pingat emas di dalam olimpik yang akan datang

\”Bagi pihak kerajaan, pelaburan yang cara naratifnya agar meningkat sekarang ini tentunya mengharapkan prestasi yang tinggi kepada persembahan.

\”Prestasi juga akan diperlihatkan oleh olahragawan dan olahragawati kita di peringkat rantau dan di peringkat antarabangsa,\” katanya ketika berucap pada malam Anugerah MOM ke-27 di sini, malam rabu.

Terdahulu, MOM telah mendapat kelulusan dari KBS bagi pembelian sebidang tanah di Bukit Jalil untuk pembinaan ibu pejabat baharu persatuan sukan itu yang terletak di hadapan Stadium Hoki.

Ibu pejabat berkonsepkan bangunan hijau yang mesra alam dan jimat tenaga yang dikenali Olympic House Malaysia itu berinspirasikan ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Lausanne, Switzerland.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....