Home Nasional Hanya 257,000 kenderaan logistik mohon 'Fleet Card' setakat ini-Fuziah
Nasional

Hanya 257,000 kenderaan logistik mohon 'Fleet Card' setakat ini-Fuziah

Hanya 257,000 kenderaan logistik mohon 'Fleet Card' setakat ini-Fuziah

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 12 Ogos Hanya 257,000 kenderaan logistik sudah memohon untuk mendapatkan Fleet Card menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) setakat ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan rekod, terdapat 410,000 kenderaan logistik yang layak untuk memohon.

Justeru beliau menggesa pemilik kenderaan logistik yang layak mendapatkan \’fleet card\’ untuk membuat permohonan segera.

Jadi, kita lihat jurang itu besar, dan kita khuatir akan timbulkan kesan kepada kenaikan harga barang kerana apabila mereka layak tetapi mereka tidak memohon untuk mendapatkan \’Fleet Card\’ untuk dapatkan subsidi diesel.

\”Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak kepada semua yang layak tidak perlu banyak lori tidak perlu banyak kenderaan kalau ada 1 tan pun mohon\”, katanya demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Restoran Ayam Gepuk Top Global cawangan Sri Gombak di sini.

Ujar Fuziah,pihak kementerian juga masih berunding dengan syarikat minyak untuk meningkatkankecekapan pengeluaran kad berkenaan bagi memendekkan tempoh menunggu.

Selain itu, pemohon yang mempunyai kenderaan atau lori persendirian juga diberikan pilihan alternatif melalui \’cash card\’.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....