Home Nasional Hantaran solidariti Palestin, pertimbangan khas buat ketua negara
Nasional

Hantaran solidariti Palestin, pertimbangan khas buat ketua negara

Hantaran solidariti Palestin, pertimbangan khas buat ketua negara

Foto BERNAMA

BUKIT JALIL, 3 Ogos- Meta Platforms Inc (Meta) memberi jaminan untuk tidak menurunkan kandungan yang dikongsi pemimpin negara atau kerajaan berhubung hantaran solidariti Palestin di media sosial.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, Meta memberi jaminan itu secara lisan kepada beliau sendiri sebelum kedatangan pasukan mereka ke Putrajaya pada Isnin ini.

Beliau juga ingin melihat sejauh mana Meta akan menterjemah jaminan mereka termasuk tidak mengganggu siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium Axiata, Bukit Jalil, esok.

\”Ini yang telah dijamin kepada saya secara lisan oleh pegawai yang agak tinggi di pihak Meta..jadi saya mahu melihat mereka menterjemah \’to walk the talk\’..dengan memastikan siaran bukan hanya di Facebook Perdana Menteri, tetapi juga dalam kalangan rakan-rakan media tidak diganggu selama perhimpunan itu berjalan,\” katanya kepada media pada Majlis Bazaar Ulang Tahun Ke-6 J&T Ekspres di sini.

Sementara itu, lebih 10,000 pengunjung meraikan dan menyokong usahawan tempatan melalui Kempen #KasiJadi bersempena ulang tahun J&T Ekspres.

Ia menyediakan platform untuk vendor dan pemain logistik mendapatkan pendedahan jenama dan memaksimumkan pasaran secara global.

\”Kempen ini saya difahamkan berhasrat untuk membantu perniagaan-perniagaan tempatan berkembang dengan lebih luas. Ini adalah satu usaha yang cukup baik dan di pihak kementerian kami menyokongnya,\” kata Fahmi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....