Home Nasional Hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi pihak asing- Anwar
Nasional

Hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi pihak asing- Anwar

Hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi pihak asing- Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ Foto facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 Julai– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata perkara itu disampaikan kepada Presiden Terpilih Iran Dr Masoud Pezeshkian dalam perbualan telefon mereka hari ini.

\”Perbualan kami kemudian menyentuh mengenai komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh hubungan dua hala, pelaburan dan perdagangan Malaysia-Iran selain sedia memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang berpotensi yang masih belum diteroka sepenuhnya,\” kata beliau.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Pezeshkian yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Iran pada 30 Julai ini selain menzahirkan harapan untuk melihat negara itu terus berkembang hebat di bawah pimpinannya.

Beliau juga mengucapkan takziah atas pemergian bekas Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada 19 Mei lepas.

\”Saya juga sempat menyatakan penghargaan atas pendirian teguh Iran dalam perjuangan menuntut keadilan buat rakyat Palestin serta menentang kezaliman dan genosid yang dilakukan rejim Zionis Israel,\” katanya.

Perdana Menteri berkata pada akhir perbualan itu, beliau menjemput Pezeshkian ke Malaysia sesegera mungkin dan pemimpin tersebut turut menjemputnya ke Iran untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Pezeshkian, 69, yang juga bekas Menteri Kesihatan, dipilih sebagai Presiden Kesembilan Iran pada pilihan raya 5 Julai lepas.- BERNAMA

Related Articles

Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal
Nasional

Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal

Kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara),...

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Nasional

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf berucap merasmikan Sambutan HSN 2024...

2,612 penduduk terjejas banjir di tiga negeri
Nasional

2,612 penduduk terjejas banjir di tiga negeri

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– 2,612 penduduk terjejas daripada 819 keluarga di...

Pengamal media diingatkan menjaga aib, adab dalam pelaporan berita- Fahmi
Nasional

Pengamal media diingatkan menjaga aib, adab dalam pelaporan berita- Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil...