Home Nasional Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai
Nasional

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai

Hak agihan gas: Anwar percaya isu PETRONAS, PETROS selesai

Foto RTM

ABU DHABI, 15 JanuariPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu berkaitan PETRONAS dan PETROS mengenai hak pengagihan gas di Sarawak telah diselesaikan menerusi beberapa siri rundingan termasuk pertemuan beliau bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, tidak ada kemusykilan dalam perkara-perkara dasar yang perlu dicurigakan kerana Akta Kemajuan Petroleum 1974 terpakai untuk seluruh negara dan perkara itu diterima Kerajaan Negeri Sarawak dan PETROS.

\”Kita juga terima kenyataan bahawa PETROS diwujudkan untuk beri ruang kepada Sarawak menerokai program cari gali dan pengedaran gas di Sarawak.

\”Itu pun kita harus terima kenyataan\”, katanya demikian pada sidang media di akhir lawatan beliau ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini.

Jelasnya, Ordinan Pengagihan Gas 2016 Sarawak tidak akan menggantikan Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang Persekutuan yang lain, justeru, kedudukan PETRONAS kekal tidak terjejas.

Tambahnya, bagi projek-projek baharu, PETRONAS dan PETROS akan melaksanakannya secara kerjasama yang bersifat menang-menang.

Oleh yang demikian, Anwar menyifatkan tidak wujud kebimbangan ada pihak yang dipinggirkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....