Home Nasional Hadkan cuti bersalin, CUEPACS kecewa tindakan JKNS
Nasional

Hadkan cuti bersalin, CUEPACS kecewa tindakan JKNS

Hadkan cuti bersalin, CUEPACS kecewa tindakan JKNS

Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat/Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 5 Ogos-Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kecewa dengan tindakan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang menghadkan cuti bersalin pegawainya daripada 90 hari kepada 60 hari.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata tindakan tersebut tidak sewajarnya berlaku memandangkan kerajaan sudah pun meluluskan kemudahan cuti bersalin selama 90 hari kepada semua penjawat awam wanita di setiap kementerian.

Jelasnya, penetapan cuti bersalin selama hanya 60 hari dengan alasan kekurangan pegawai perubatan amat mengecewakan.

\”Bila dasar ini wujud kita nak selarikan juga dengan kebajikan memberi peluang kepada mereka agar selesa berpantang dengan lebih baik supaya mereka kembali bertugas dalam keadaan bersedia.

Jadi, jika berlaku perkara seperti ini, ia telah menafikan hak pekerja dan kita bimbang ia menjadi ikutan kementerian-kementerian lain\”, katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, Adnan merasmikan Perhimpunan Inspirasi Gemilang Penjawat Awam Kesihatan negeri di Auditorium Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri (Pengurusan), Mohamad Fadzil Ali, Pengerusi Cuepacs negeri, Zainudin Daud dan Timbalan Pengarah Klinikal 1 HSNZ, Dr Hariza Husin.

Sabtu lalu, JKNS membuat keputusan meluluskan penetapan cuti bersalin selama hanya 60 hari berikutan kekurangan pegawai perubatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, Selangor.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....