Saturday , 22 February 2025
Home Nasional Had laju kawasan sekolah dicadang diturunkan 30km/j – Ahmad Zahid
Nasional

Had laju kawasan sekolah dicadang diturunkan 30km/j – Ahmad Zahid

Had laju kawasan sekolah dicadang diturunkan 30km/j – Ahmad Zahid

Foto FB Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Sebanyak 267,013 nahas jalan raya dicatatkan dengan jumlah kematian sebanyak 2,742 orang daripada 2,550 kes kemalangan maut yang berlaku sehingga 31 Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata berlaku peningkatan sebanyak 8.39 peratus jumlah nahas jalan raya.

Tambah beliau, kerajaan turut bercadang dengan penetapan dasar had kelajuan 30 kilometer sejam(km/j) di kawasan sekolah.

\”Purata kematian di kawasan sekolah ialah sebanyak 67 kematian setiap tahun.

\”Perkara yang dicadangkan oleh jawatankuasa ini ialah untuk menurunkan had laju kepada 30km/j(berbanding 40 km/j ketika ini)di kawasan sekolah.

“Pembinaan bonggol juga perlu disediakan tanpa melibatkan peruntukan tambahan daripada kementeriantetapi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak sekolah boleh bekerjasama melakukannya,\” katanyapada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) Bilangan 2 Tahun 2024 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata sekurang-kurangnya sebanyak 20,000 kamera litar tertutup (CCTV) perlu dipasang di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur, dalam tempoh sekarang hingga RMK13 (Rancangan Malaysia Ke-13).

Ia bagi memantau keselamatan dan aliran trafik di sekitar ibu negara.

\”Kini terdapat 5,000 pemasangan kamera CCTV ini bagi melakukan pemantauan terhadap kesesakan dan keselamatan jalan raya.

\”Kini, DBKL diberikan tanggungjawab untuk mencari peruntukan memasang, memantau dan melakukan \’survellent\’.

\”Kita belajar daripada \’smart city\’ dan juga \’safe city\’ di negara-negara lain dengan adanya \’high definition\'(HD), \’facial recognition\’ CCTV, maka kadar jenayah dapat diturun dan kadar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.. dan juga masalah \’survellent\’ serta pemantauan lain-lain aktiviti tanpa mengusik hak-hak peribadi seseorang,\” katanya.

Related Articles

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Sultan Ibrahim selamat tiba selepas menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 22 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar
Nasional

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu dengan lawatan Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMAMANAMA, 22 Februari- Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Bahrain...

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat
Nasional

Peniaga kedai runcit di Baling dikenakan tindakan, jual minyak bersyarat

Foto KPDN BALING, 22 Februari– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu
Nasional

Jejantas Tun Teja, ikon pelancongan Melaka yang baharu

Foto FB Ab Rauf YusohPERINGGIT, 22 Februari– Jejantas Melaka Sentral kini dikenali...