Home Nasional Guru bermasalah, cuai harus dikecualikan kenaikan pangkat
Nasional

Guru bermasalah, cuai harus dikecualikan kenaikan pangkat

Guru bermasalah, cuai harus dikecualikan kenaikan pangkat

Datuk Seri Anwar Ibrahim

BANGI, 13 Julai- Guru bermasalah disiplin dan cuai dalam tugas harus dikecualikan kenaikan pangkat secara automatik atau \’time-based\’, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu antara penambahbaikan baharu yang diteliti menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Bagaimanapun beliau percaya masalah keculasan itu hanya melibatkan segelintir warga pendidik.

\”12 tahun saudara, kenaikan pangkat mengikut waktu. Tetapi tidak semua guru mempunyai masalah disiplin. Kalau dia (guru) pergi sekolah dua tahun sekali, saya nak batalkan kenaikan pangkat.

\”…itu secara prinsipnya, tetapi dikecualikan daripada aspek disiplin. Kami akan teliti perkara ini, saya percaya 90 peratus tiada masalah. Laporan yang diterima itu hanya secebis yang bermasalah,\” katanya semasa menyempurnakan Majlis Sambutan 50 tahun Jubli Emas Penubuhan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan di sini.

Sempena 50 tahun penubuhan kesatuan itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM120,000 untuk pelaksanaan program bawah NUTP.

Dalam perkembangan lainAnwar Ibrahim memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum adalah terbaik pernah diperkenalkan dalam negara.

Menerusi sistem itu, beliau berharap kualiti perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan.

\”…saya akan umumkan dalam masa terdekat dan selepas muktamadkan segala-segala dan tentunya saya anggap terbaik yang pernah diumumkan dalam negara.

\”Jadi saya harap betul-betul khidmat penjawat awam akan meningkat,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....