Home Nasional Guna kaedah 'river sweeping', berjaya temukan pelajar lemas di Sungai Pahang – JBPM
Nasional

Guna kaedah 'river sweeping', berjaya temukan pelajar lemas di Sungai Pahang – JBPM

Guna kaedah 'river sweeping', berjaya temukan pelajar lemas di Sungai Pahang – JBPM

Foto Ihsan JBPM Pahang

PEKAN, 15 Julai– Seorang pelajar lelaki 17 tahun yang hilang selepas terjatuh bot di Sungai Pahang dekat Kampung Orang Asli Tanah Merah, Pekan, Pahang ditemui kira-kira pukul 11.44 pagi tadi.

Mayat mangsa, Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri ditemui terapung oleh orang awam kira-kira 25 kilometer dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir pada hari ketiga iaitu hari ini.

Seramai 10 anggota polis, enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama dua bot aluminium serta 22 orang kampung bersama 15 buah bot digerakkan dalam operasi berkenaan.

Operasi SAR mangsa dilaksana menggunakan membuat kaedah \’river sweeping\’ iaitu bermula dari tengah sehingga ke tebing sungai.

Sabtu lalu, mangsa dilaporkan telah turun ke sungai dengan menaiki bot seorang diri untuk aktiviti menangkap ikan.

Mangsa telah terjatuh ke dalam sungai sewaktu bot mangsa melanggar tunggul di dalam sungai.

Bot tersebut telah hilang kawalan dan berpusing-pusing di dalam sungai.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...