Home Nasional Gudang barang 'hardware' di Limbang terbakar
Nasional

Gudang barang 'hardware' di Limbang terbakar

Gudang barang 'hardware' di Limbang terbakar

Foto JBPM Sarawak

LIMBANG, 25 Disember- Sebuah gudang yang menyimpan barang perkakasan (hardware) di Jalan Pandaruan, Kampung Tuna di sini, terbakar, petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 7 Limbang, Ramlan Marajan berkata sepasukan anggota bersama sebuah jentera telah digerakkan ke lokasi sejauh lima kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.52 petang.

\”Gudang berstruktur separuh kekal jenis terbuka yang menyimpan barangan seperti jubin, cat, dan kayu itu musnah 50 peratus akibat kebakaran.

\”Kebakaran tersebut turut memusnahkan sebuah lori. Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran, walaupun menghadapi masalah tekanan air yang rendah,\” katanya menerusi kenyataan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....