Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional Graduan ANC UiTM pahat momen istimewa hari graduasi jatuh pada tarikh hari jadi
Nasional

Graduan ANC UiTM pahat momen istimewa hari graduasi jatuh pada tarikh hari jadi

Graduan ANC UiTM pahat momen istimewa hari graduasi jatuh pada tarikh hari jadi

FOTO UiTM

KUALA LUMPUR, 21 November- Tanggal 18 November merupakan tarikh bersejarah bagi Ainul Athirah Ainul Hisham, graduan Anugerah Naib Canselor (ANC) pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-100, kerana hari graduasi jatuh pada tarikh hari jadinya.

Pelajar berusia 26 tahun itu, merupakan pelajar Sarjana Komunikasi Perhubungan Awam dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Cawangan Melaka.

Hari istimewa berkenaan disambut bersama ahli keluarganya tercinta. Berasal dari Bandar Baru Bangi, anak kelahiran Selangor itu mengucapkan rasa syukur kerana sekali lagi berjaya menyarung selempang merah jambu.

“Alhamdulillah, sekali lagi saya berjaya dapat ANC. Dulu saya pelajar Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM Lendu,” kongsinya.

Setelah tamat pengajian, kini, Ainul bekerja di Malaysia Airlines. Pada awalnya, Ainul menyatakan kesukaran dalam mencari pekerjaan di luar sana kerana terlalu banyak persaingan.

Namun, bidang Perhubungan Awam sedikit sebanyak telah membuka peluang membolehkan dirinya lebih mudah untuk mencari pekerjaan.

“Hendak dapatkan kerja itu tidak mudah. Terlalu banyak persainan. Tetapi bidang yang saya ceburi ini meluas dan saya boleh bekerja di mana sahaja.

\”Peluang pekerjaan tu merata-rata. Saya boleh bekerja di bahagian pemasasran, korporat dan banyak lagi. Kebanyakan syarikat perlukan perhubungan awam (PR). Jadi daripada kursus Komunikasi Perhubungan Awam ini, membolehkan saya untuk memohon dalam pelbagai bidang,” katanya.

Semasa pengajian ijazah, Ainul merupakan salah seorang mangsa Covid-19, Ainul berkongsi detik pengalaman yang tidak dapat dilupakannya.

“Saya pernah dijangkiti COVID-19, ketika itu sudah menghampiri hujung minggu akhir untuk hantar tugasan. Tapi alhamdulillah, saya siap awal tugasan itu,” ujarnya.

Ia merupakan antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh Ainul. Sikap yang tidak berlengah dalam menyiapkan tugasan membuatkannya mampu untuk menempuh cabaran tersebut.

Selain daripada menghadiri kelas, Ainul juga merupakan pelajar yang aktif dan pernah menyertai kelab Perhubungan Awam.

Ainul memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Institute of Public Relations Malaysia Students Association (IPRMSA).

Anak sulung daripada dua orang adik beradik itu berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.75 serta memasang cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di luar negara berkaitan dengan Komunikasi Media.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...