Home Nasional GPM Malaysia kecam serangan bom di Pakistan, mahu tindakan segera diambil
Nasional

GPM Malaysia kecam serangan bom di Pakistan, mahu tindakan segera diambil

GPM Malaysia kecam serangan bom di Pakistan, mahu tindakan segera diambil

FOTO AFP

KUALA LUMPUR, 9 November- Global Peace Mission (GPM) Malaysia mengecam insiden pengeboman ngeri di Stesen Kereta Api Quetta di Balochistan, Pakistan dan berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera bagi menangkap pelaku dan mengheret mereka ke muka pengadilan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif GPM Syahrir Azfar Saleh GPM menzahirkan kesedihan yang mendalam atas kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah dalam pengeboman itu. Insiden berkenaan meragut nyawa sekurang-kurangnya 26 orang dan mencederakan ramai yang lain.

“Tindakan keganasan ini adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima.

“Tiada alasan yang boleh membenarkan serangan kejam terhadap mana-mana individu, terutamanya yang melibatkan wanita dan kanak-kanak. Keganasan hanya akan menghasilkan lebih banyak ketegangan dan penderitaan, yang bertentangan dengan prinsip keamanan dan keharmonian sejagat,” katanya.

Syahrir berkata GPM mengecam sebarang bentuk keganasan yang menyasarkan orang awam dan menyeru semua pihak yang terlibat untuk menghentikan tindakan ganas berkenaan dan mencari penyelesaian secara aman.

“GPM berdiri bersama-sama rakyat Pakistan menghadapi tragedi memilukan ini dan komited untuk menyokong semua usaha untuk memulihkan keamanan dan keselamatan. Semoga roh mangsa tenang di sisi-Nya, dan semoga mereka yang tercedera akan segera mendapat rawatan dan pulih seperti sediakala,” katanya.

Menurut laporan media antarabangsa, sekurang-kurangnya 24 orang maut manakala lebih 40 lagi cedera dalam letupan bom di stesen kereta api di Quetta yang terletak di barat daya Pakistan pada Sabtu.

Pakistan kini bergelut dengan serangan yang semakin meningkat oleh puak pemisah etnik dan militan Islam di wilayah Balochistan di barat laut.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....