Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Golongan selebriti mahu pembuli media sosial diheret ke muka pengadilan
Nasional

Golongan selebriti mahu pembuli media sosial diheret ke muka pengadilan

Golongan selebriti mahu pembuli media sosial diheret ke muka pengadilan

Golongan selebriti yang bersuara tentang siber buli

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Selebriti antara golongan yang paling ramai menjadi mangsa jenayah siber buli atau gangguan siber.

Rata-rata mereka yang ditemui mengutuk sekeras-kerasnya budaya membuli dalam talian dan mahu pelaku diheret ke muka pengadilan.

Lebih parah, budaya buli siber turut memberi kesan dari segi kesihatan mental yang mampu mendorong seseorang untuk mencederakan atau membunuh diri.

\”Sekarang ini lebih banyak orang yang tidak bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial apabila menjadi pembuli, dia rasa cukup hebat, tak tahu kesan dan akibat pada orang yang di buli mangsa sampai ada yang sanggup mengambil nyawa sendiri pasal tekanan buli ini.

\”Dan saya rasa pihak berkuasa perlu memantau dengan lebih terperinci dalam isu ini supaya tak ada lagi kes-kes yang lain jadi semacam ini sebab kita kesian kepada keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang disebabkan benda yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh siber buli ni, jadi saya sangat mengutuk keras orang yang rasa syok (seronok) siber buli ini,\” kata Pierre Andre.

\”Bila Mawar sendiri yang melalui bertahun-tahun, jadi sekarang ni baru Mawar faham sebab kalau tengok dekat luar negara sampai bunuh diri. Jadi Mawar kira syukur juga kita kena kuat dari segi agama.

\”Kepada yang suka menaip benda negatif di sosial media ini mungkin dalam kalangan mereka ada budak-budak yang belum matang lagi jadi fahamlah tapi…kita yang dah berumur ni berfikir ni kita bagi benda-benda yang positif je, kita nak jadi dunia kita tempat yang lebih baik,\” kata Mawar Rashid.

\”Kita antara pengguna media sosial yang sangat aktif jadi agak teruk sebab saya sebagai seorang musik juga di buli di komen agak teruk, tapi kita sendiri boleh kawal.

\”Pelaku (pembuli siber) harus di hukum jadi kerajaan perlu buat satu perancangan undang-undang, kerajaan kena masuk campur kalau tidak orang tak ambil serius,\” kata Aliff Redza.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini.

Jawatankuasa itu melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi).

Beberapa langkah penambahbaikan termasuk pada perundangan berkaitan isu buli siber juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini dilaporkan jawatankuasa melibatkan empat kementerian itu akan meneliti secara keseluruhan sebelum meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober.

Desakan penggubalan undang-undang baharu itu adalah susulan kematian pempengaruh Rajeswary Appahu, atau lebih dikenali sebagai Esha, yang menjadi mangsa buli siber.

Wanita itu ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kondominium di Setapak, Kuala Lumpur pada 5 Julai lepas iaitu sehari selepas membuat laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya.

Pada 16 Julai lalu, pemilik rumah kebajikan P. Shalini yang dikaitkan dengan kematian Esha didakwa di Mahkamah Majistret namun hanya dijatuhi hukuman denda maksimum RM100.

ARTIKEL BERKAITAN:

  • Selebriti, pempengaruh perlu kerjasama tangani buli siber
  • Teliti pindaan RUU buli siber agar sesuai dengan keperluan semasa
  • Laksana undang-undang baharu buli siber, peruntuk hukuman lebih setimpal
  • Lima faktor lahirnya pembuli siber
  • Penipuan, buli siber dan penularan berita palsu dalam talian perlu dibendung
  • Buli siber, sampai bila?
  • MCMC, PDRM bekerjasama menangani buli siber
  • Kerajaan pastikan media sosial lebih selamat digunakan – Fahmi
  • Isu buli siber dibawa ke Kabinet Jumaat ini – Fahmi

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...