Home Nasional Golongan berisiko tinggi mudah terdedah hMPV- Pakar
Nasional

Golongan berisiko tinggi mudah terdedah hMPV- Pakar

Golongan berisiko tinggi mudah terdedah hMPV- Pakar

Foto Hiasan / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Januari-Golongan berisiko tinggi jangkitan perlu diberi tumpuan khusus, susulan penularan\’human metapneumovirus\’ (hMPV).

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohd Zaki berkata, virus itu boleh merebak melalui titisan cecair yang tercemar seperti influenza dan COVID-19.

\”Secara umumnya, gejala ini akan berlangsung selama dua hingga lima hari, iaitu demam, batuk, selesema, sakit kepala, sesak nafas, atau nafas berbunyi.

\”Gejala ini biasanya ringan pada individu yang sihat. Namun, bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak di bawah umur lima tahun, warga emas berumur 60 tahun ke atas, atau individu dengan penyakit kronik seperti penyakit paru-paru, jantung, atau kencing manis, mereka berisiko mengalami jangkitan serius atau komplikasi seperti bronkitis dan pneumonia.

\”Oleh itu, mereka perlu mengamalkan langkah kawalan pencegahan yang telah dilakukan semasa pandemik COVID-19, seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan.

\”Jika terdapat gejala seperti batuk dan selesema, amalkan etika batuk yang betul,\” katanya di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa majoriti pesakit yang dijangkiti akan pulih tanpa komplikasi serius.

Namun, individu berisiko tinggi perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan sekiranya gejala berterusan.

Jelas beliau, setakat ini tiada rawatan khusus mahupun vaksin bagi mencegah virus tersebut.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...