Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Gol Mbappe bantu Madrid juara Piala Super UEFA
Nasional

Gol Mbappe bantu Madrid juara Piala Super UEFA

Gol Mbappe bantu Madrid juara Piala Super UEFA

Penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe menjulang trofi Piala Super UEFA selepas menundukkan Atalanta di Stadium Nasional, Warsaw awal pagi tadi./Foto REUTERS

WARSAW, 15 Ogos-Kylian Mbappe membuktikan kehebatannya pada penampilan pertamanya dengan Real Madrid apabila berjaya menjaringkan satu gol sekali gus membantu pasukan itu menjuarai Piala Super UEFA menentang Atlanta awal pagi tadi.

Pada perlawanan yang dilangsungkan di National Stadium Warsaw, Poland itu, pasukan bimbingan Carlo Ancelotti menang 2-0.

Bintang Perancis berusia 25 tahun itu menyertai Real Madrid pada musim panas ini selepas kontraknya dengan Paris Saint-Germain (PSG) tamat.

Pada perlawanan itu, Mbappe mudah menyempurnakan hantaran daripada Jude Bellingham dan menyumbat gol pada minit ke-68.

Terdahulu, Fede Valverde berjaya menjaringkan pada minit ke-59.

Keputusan tersebut menyaksikan Real Madrid memenangi Piala Super buat kali keenam.-AFP

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...