Home Nasional GISBH: KPT akan bertindak selepas dapat laporan penuh
Nasional

GISBH: KPT akan bertindak selepas dapat laporan penuh

GISBH: KPT akan bertindak selepas dapat laporan penuh

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

SHAH ALAM, 1 Oktober– Kementerian Pendidikan Tinggi akan mempertimbang sebarang keperluan atau tindakan berhubung isu GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) selepas mendapat laporan penuh daripada pasukan khas yang menyiasat kes itu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini pihaknya belum mendapat laporan lengkap sama ada pensyarah atau pelajar di peringkat universiti awam terlibat atau dikaitkan dalam isu itu.

\”Yang paling mustahak adalah keadaan yang berlaku kepada mereka itu sekarang ini ditangani oleh pihak berkuasa melalui satu \’task force\’ yang telah dibentuk.

\”Jadi biarlah komentar mengenai mereka ini dilakukan melalui \’task force\’ ini. Dalam hal apa sekalipun diputuskan oleh pihak kerajaan, termasuk kalau sekiranya perlunya penglibatan Kementerian Pendidikan Tinggi, kita akan menyalurkan bantuan\”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024 di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Bulan lalu, pihak polis telah melancarkan Operasi Global dengan menyerbu premis rumah amal GISB di seluruh negara yang dipercayai ada kaitan dengan aktiviti eksploitasi kanak-kanak.

Setakat ini, lebih 500 mangsa diselamatkan, manakala lebih 300 ditahan termasuk pengurusan tertinggi menerusi serbuan tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....