Home Nasional Gencatan senjata Gaza diharap kekal, akhiri penderitaan rakyat Palestin
Nasional

Gencatan senjata Gaza diharap kekal, akhiri penderitaan rakyat Palestin

Gencatan senjata Gaza diharap kekal, akhiri penderitaan rakyat Palestin

Walid Abu Ali/RTM

KUALA LUMPUR, 28 Januari-Gencatan senjata fasa pertama antara Israel dan Hamas yang bermula pada 19 Januari lalu dengan tempoh selama 42 hari diharap menjadi titik tolak ke arah keamanan yang lebih kekal, sekali gus mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.

Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali menyatakan gencatan senjata itu telah menjadi keperluan mendesak bagi rakyat Palestin sejak 17 Oktober 2023.

Menurut beliau, kepimpinan Palestin bersama komuniti antarabangsa telah berusaha sedaya upaya dari hari pertama untuk mencapai gencatan senjata bagi menghentikan apa yang sebenarnya merupakan pembunuhan beramai-ramai dan pembantaian terhadap rakyat Palestin.

\”Kami berharap gencatan senjata ini menjadi kekal dan mengakhiri penderitaan rakyat Palestin,\” ujarnya kepada RTM selepas hadir pada program Bicara Naratif di Angkasapuri, di sini, malam ini.

Beliau turut menyatakan penghargaan terhadap sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Sokongan tersebut, kata Walid, memberi impak besar di peringkat antarabangsa dalam usaha untuk menamatkan konflik dan memastikan keamanan yang lebih berpanjangan di Gaza.

Gencatan senjata itu berjaya dicapai selepas lebih 15 bulan serangan bom yang meragut lebih 46,000 nyawa di Gaza, memberi harapan baru kepada rakyat Palestin untuk mencapai kestabilan dan menghentikan kekejaman yang telah berlarutan.

Langkah berkenaan diharap dapat membuka jalan untuk perdamaian dan mengakhiri penderitaan yang telah terlalu lama menimpa rakyat Palestin.

BERITA BERKAITAN

  • Gaza: 5 penduduk Palestin cedera ditembak, tentera Israel langgar gencatan senjata
  • Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan tiba di utara Gaza
  • Suasana penuh emosi iringi kepulangan 90 tahanan Palestin
  • 200 tahanan Palestin dibebaskan
  • 66 mayat warga Palestin dikeluarkan dari runtuhan di Gaza susulan gencatan senjata
  • Tiga tebusan Israel dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata
  • Gencatan senjata: Tamparan hebat buat Zionis Israel
  • Gencatan senjata: WHO mahu akses penuh ke Gaza

Related Articles

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara
Nasional

Pemakaian Jalur Gemilang usaha awal didik cinta negara

Dr. Muhammad Shamshinor Abdul AzzisKUALA LUMPUR, 23 April- Langkah mewajibkan pelajar untuk...

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Nasional

Turkiye minat jadi Rakan Dialog Sidang Kemuncak ASEAN 2025

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Tenaga dan Sumber...

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas
Nasional

KENDANA, WAJA jalin kerjasama tingkatkan standard penjagaan warga emas

Ketua Pegawai Eksekutif KENDANA, Rashidi Yahaya (dua dari kiri) dan Presiden WAJA,...

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan
Nasional

Beberapa daerah di Selangor banjir, tiada penduduk dipindahkan

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 23 April- Beberapa daerah di Selangor dilanda banjir...