Home Nasional Gempa sederhana landa utara Laut Maluku
Nasional

Gempa sederhana landa utara Laut Maluku

Gempa sederhana landa utara Laut Maluku

Foto facebook MetMalaysia

PETALING JAYA, 26 Ogos– Gempa bumi berukuran 5.1 Magnitud dikesan berlaku di utara Laut Maluku pada pukul 8.17 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 115 kilometer (km) Barat dari Ternate, Indonesia dengan kedalaman 84km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Putrajaya sehingga pukul 11.00 pagi ini.

\”Negeri Kedah melibatkan Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Di Pulau Pinang, Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Wilayah Persekutuan Putrajaya\”, menurut kenyataan MetMalaysia menerusi facebook.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....