Home Nasional Gema Syukur 2025: Serlah kesyukuran dan semangat baharu
Nasional

Gema Syukur 2025: Serlah kesyukuran dan semangat baharu

Gema Syukur 2025: Serlah kesyukuran dan semangat baharu

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Mohd Ajib Ismail / Foto RTM

PUTRAJAYA, 31 Disember-Gema Syukur 2025 bukan sekadar menyambut tahun baharu dengan kesyukuran malah sebagai menghormati tibanya bulan Rejab iaitu menandakan umat Islam sedang menuju bulan Ramadan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Mohd Ajib Ismail program berkenaan bagi menyerlahkan semangat baharu dan bermunajat mendoakan kesejahteraan serta keamanan negara.

\”Gema Syukur pada malam ni adalah satu mesej kesyukuran 2024 berlalu dan 2025 mendatangakan memberikan kejayaan yang lebih besar kali ini kita buat dalam skala yang lebih besar sebab itu kita gabungkan 14 agensi, empat masjid utama dan rakan-rakan strategik dan kebetulan pula kita menyambut bulan Rejab dan pastinya ada solat hajat bacaan Yasin dan doa kita rangkumkan sekali\”, katanya ketika ditemui media di sini.

Lebih 5,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah hadir memenuhi setiap ruang Masjid Putra seawal 4 petang tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Dr. Zulkifli Hasan dan Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee – Ketua Pengarah JAKIM.

Sebagai tanda sokongan semangat melangkah ke tahun yang baharu 100 orang asnaf diberi sumbangan wang tunai 200 ringgit, Bakul Makanan dan Kit Kebersihan daripada MAIWP, MAPIM dan pertubuhan MyFundAction.

Usai solat Maghrib program dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Doa, Persembahan Nasyid Gema Cinta Rasul, International Taddabur Quran Moment yang melibatkan mahasiswa dari dalam dan luar negara, siaran Podcast bertajuk ‘Jerat Nafsu\’ dan diakhiri dengan kira detik serta doa keberkatan melangkah ke tahun baharu.

Seawal pukul 5.00 pagi esok orang ramai dijemput hadir mengimarahkan program Qiamulail yang akan dipimpin oleh Syeikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki.

Para jemaah juga bakal disajikan dengan lebih daripada 15 menu pilihan sarapan percuma selain berpeluang memenangi hadiah menarik dalam cabutan bertuah

Turut dijangka hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....