Home Nasional Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM Kelantan

TANAH MERAH, 29 Disember – Hujan lebat berterusan melanda Kelantan sejak semalam menyebabkan tiga daerah di negeri itu, iaitu Tanah Merah, Kuala Krai, dan Machang, mulai banjir.

Sebanyak 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah diaktifkan setakat pukul 9.00 malam tadi, menempatkan lebih 500 penduduk daripada 146 keluarga yang terjejas akibat banjir.

Tinjauan RTM di beberapa kawasan terjejas sekitar Tanah Merah mendapati rata-rata penduduk terpaksa berpindah ke PPS setelah rumah mereka mula dinaiki air akibat hujan lebat sejak semalam.

Seorang penduduk, Nor Akmal Saari, berkata air mula memasuki rumahnya sehingga ke paras paha.

\”Saya angkat semua barang takut air naik lebih banyak malam ini, sebab itu kami pindah ke PPS,\” katanya.

Arman Daud, pula berkata air naik secara mendadak sehingga tidak sempat membuat persediaan.

\”Ini kali kedua saya datang ke PPS Klewek. Air naik cepat kali ini,\” katanya.

Sementara itu, Zambri Mamat menyatakan paras air di rumahnya kini sudah mencapai buku lali, dan beliau memutuskan untuk berpindah lebih awal kerana kawasan rumahnya sudah dinaiki air.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah, telah melepasi paras amaran dengan bacaan 22.5 meter.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....