Home Nasional Gejala rempit membimbangkan, polis perbanyakkan aktiviti turun padang ke kawasan kampung
Nasional

Gejala rempit membimbangkan, polis perbanyakkan aktiviti turun padang ke kawasan kampung

Gejala rempit membimbangkan, polis perbanyakkan aktiviti turun padang ke kawasan kampung

FOTO RTM

KUALA NERANG, 13 November- Aktiviti turun padang khususnya di kawasan-kawasan kampung akan dilaksana lebih kerap bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan aktiviti jenayah, rempit dan seumpamanya.

Ia bagi memastikan aktiviti tersebut dapat dicegah daripada berlaku.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Supt Abdull Razak Osman berkata, pihaknya memandang serius aduan dan keluhan daripada orang ramai.

Ia termasuk berkaitan aktiviti rempit yang banyak melibatkan golongan remaja yang menjadikan jalan raya di kawasan kampung sebagai tempat untuk berlumba.

Keadaan itu bukan sahaja membahayakan nyawa mereka, malah pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata rondaan cegah jenayah juga akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti yang menyalahi peraturan dan undang-undang.

Supt Abdull Razak berkata demikian selepas menghadiri Program High Profile Policing Polis Daerah Padang Terap di Surau Al-Ikhlas Kampung Baru, Kuala Nerang dekat Padang Terap, Kedah.

Sempena program itu, 20 penduduk kampung telah mendaftar menyertai Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

VSP merupakan satu inisiatif polis dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

Melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan atau maklumat yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....