Home Nasional Garis panduan umat Islam berkaitan majlis bukan Islam masih dalam libat urus
Nasional

Garis panduan umat Islam berkaitan majlis bukan Islam masih dalam libat urus

Garis panduan umat Islam berkaitan majlis bukan Islam masih dalam libat urus

Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Cadangan garis panduan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan serta penganjuran majlis di rumah ibadat bukan Islam sedang dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na\’im Mokhtar dalam satu kenyataan memaklumkan, garis panduan tersebut adalah bersifat nasihatkepada masyarakat Islam bagi menghadiri majlis perayaan atau upacara penganut agama lain dalam keadaan tertib, mematuhi adab serta memelihara pegangan akidah.

\”Menerusi Garis Panduan yang sedang dibangunkan tersebut, orang Islam akan dapat menghadiri majlis perayaan atau upacara penganut agama lain dalam keadaan tertib, mematuhi adab serta memelihara pegangan akidah Islam.

\”Garis Panduan ini akan memandu dan merancakkan usaha Kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan dan membina sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat tanpa berasa bimbang atau salah faham daripada perspektif agama Islam.

\”Ia secara langsung akan memastikan penganjuran dan penglibatan orang Islam dalam aktiviti-aktiviti tersebut tidak akan mencetuskan kontroversi atau menyentuh sensitiviti antara para penganut agama,\” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa garis panduan itu masih dalam proses libat urus bersama pihak berautoriti termasuk Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN) dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126.

Bagaimanapun semua pihak diminta tidak menimbulkan salah faham atau mempolemikkan sebarang isu sehinggamenimbulkan keresahan awam demi pengukuhan keharmonian negara tercinta.

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...