Home Nasional Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya
Nasional

Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya

Gangguan bekalan air: Empat loji LRA mula beroperasi sepenuhnya

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Julai- Semua empat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang dihenti tugas sementara akibat insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah semalam mula beroperasi sepenuhnya hari ini.

Air Selangor dalam satu kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan, bekalan air terawat yang bersih dan selamat telah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada premis pengguna.

“Sehingga jam 6 pagi, peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 9.9 peratus.

“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 40 peratus pada jam 8 pagi, 25 Julai 2024 (Khamis) diikuti dengan 90 peratus pada jam 8 malam, 25 Julai 2024 (Khamis).

“Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 8 pagi, 26 Julai 2024 (Jumaat),\” menurut Air Selangor dalam kenyataannya.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Air Selangor telah menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai,” menurut kenyataan itu lagi.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....