Home Nasional Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak
Nasional

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak

Gangguan bekalan air di Labuan, penapis kotoran rosak

Foto Hiasan

LABUAN, 26 Disember– Kerosakan penapis kotoran kasar (band screen) pada Sistem Pam Air Mentah di Muka Sauk Sungai Padas, Sabah serta kebocoran paip di Jalan Patau-Patau Labuan, punca utama gangguan bekalan air di pulau itu, ketika ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan ia menjejaskan usaha menaikkan paras air tangki-tangki perkhidmatan di pulau ini, seterusnya mengakibatkan tekanan air yang sangat rendah, hanya pada paras satu meter.

Kawasan jauh dari tangki utama, paling terjejas.

Meski tidak mencapai paras optimum, operasi kawalan tangki air dijalankan agar semua tangki perkhidmatan dapat diisi.

Selain itu, penempatan 64 unit tangki statik di seluruh kawasan utama bagi kegunaan penduduk.

Sejak 18 Disember, lebih 90,000 penduduk Labuan mengalami gangguan.

Antaranya disebabkan kerja penyelenggaran dan pembaikan Loji Rawatan Air di Beaufort Sabah serta kerosakan paip dan pam utama di Pulau Enoe.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....