Wednesday , 23 April 2025
Home Nasional Galak anak Pahang sertai TVET – Datuk Sabariah
Nasional

Galak anak Pahang sertai TVET – Datuk Sabariah

Galak anak Pahang sertai TVET – Datuk Sabariah

FOTO FAIL

KUANTAN, 18 Ogos – Anak Pahang digalakkan untuk melanjutkan pengajian ke bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya di politeknik.

Galakan itu sekali gus dapat melahirkan tenaga mahir yang akan menyumbang bakti kepada negeri Pahang.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Datuk Sabariah Saidan berkata, pelajar daripada pelbagai bidang aliran kemahiran diperlukan di Pahang memandangkan banyak projek mega sedang dibangunkan di negeri itu.

\”Saya nampak ada kilang-kilang baru. Industri itu memerlukan tenaga-tenaga mahir ini untuk bertugas dan memberi sumbangan kepada negeri. Memberi sumbangan sebenarnya untuk diri mereka sendiri. Kepada yang tidak menyambung pelajaran ke aliran lain, TVET adalah pilihan terbaik bagi mereka,\” kata Sabariah.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Moh Festival POLYCC 2024, di sini.

Tambahnya pelbagai kursus disediakan di politeknik seluruh negara dan antaranya yang ditawarkan secara percuma.

Mengulas mengenai program Moh Festival POLYCC 2024 Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti Datuk Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan memperkenal dan memperkasa kemahiran TVET.

\”Kita ada tiga buah politeknik, 10 buah kolej komuniti, kebanyakan kolej kita berada di kawasan pedalaman dan inilah masanya untuk kita memperkasakan TVET iaitu membangunkan dan mengupayakan komuniti melalui program-program TVET kita.

\”Ini sudah tentunya akan memberi satu sumber guna tenaga kerja kepada industri yang sedang giat berkembang di negeri Pahang ini,\” kata Dr Zahari.

Jelasnya, melihat kepada kehadiran hampir 10,000 pengunjung ke program tersebut, pihaknya turut berhasrat menyebar luas program sama ke seluruh negara.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...