Home Nasional Gabungan fungsi penguatkuasaan kesihatan awam, KKM teliti cadangan CUEPACS
Nasional

Gabungan fungsi penguatkuasaan kesihatan awam, KKM teliti cadangan CUEPACS

Gabungan fungsi penguatkuasaan kesihatan awam, KKM teliti cadangan CUEPACS

Dzulkefly Ahmad / Foto RTM

BANGI, 25 Februari- Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berhubung penggabungan fungsi penguatkuasaan kesihatan awam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan tersebut turut meliputi penjajaran jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) di bawah KKM.

\”Saya juga mengambil maklum cadangan penggabungan fungsi penguatkuasaan kesihatan awam serta penjajaran jawatan PKP dan PPKP seperti yang telah dibincangkan antara CUEPACS dan pihak KKM.

\”Saya ingin memberi jaminan bahawa perkara ini sedang diteliti secara mendalam, bukan sekadar untuk memenuhi permintaan, tetapi ia pastinya kita mahu benar-benar dapat memenuhi permintaan ini serta memastikan sistem penguatkuasaan kita lebih berkesan, lestari, mampan dan setanding dengan keperluan semasa,\” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Perpaduan Penguatkuasa Kesihatan Awam KKM di sini, malam tadi.

Tambah Dzulkefly, kementerian juga akan meneliti semula cadangan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia pada setiap 26 September dijadikan acara rasmi tahunan KKM.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...