Home Nasional FTA antara Malaysia dan GCC berada di peringkat akhir
Nasional

FTA antara Malaysia dan GCC berada di peringkat akhir

FTA antara Malaysia dan GCC berada di peringkat akhir

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Setiausaha Agung GCC, Jasem Mohamed Albudaiwi

NEW YORK, 24 September – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC)berada di peringkat akhir untuk dimeterai.

Menurut Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, perjanjian itu akan ditandatangani sebelum hujung tahun ini.

\”Kerjasama Malaysia dengan negara teluk ini amat penting dan kita mempunyai hubungan dagang dan menerima pelaburan yang banyak daripada negara-negara teluk. Jadi kita tidak boleh melepaskan peluang berkaitan hubungan antara Malaysiadengan negara-negara teluk ini. Begitu juga hubungan blok dengan blok, multilateralismenegara ASEAN dengan GCC, kita sedang memutuskan di peringkat akhir untuk memuktamadkan.\” katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas pertemuan dua hala bersamaSetiausaha Agung GCC, Jasem Mohamed Albudaiwidi luar Sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Datuk Seri Mohamad turut memaklumkan Jasem Mohamed Albudaiwiakan menghadiri Sidang Kemuncak GCC-ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur, tahun hadapan.

Jasem Mohamedturut menzahirkan kesediaan untuk menguruskan jemputan rasmi kepada negara-negara anggota GCC bagi menyertai Sidang Kemuncak tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....