Home Nasional Fisioterapi akan disenarai dalam kursus TVET
Nasional

Fisioterapi akan disenarai dalam kursus TVET

Fisioterapi akan disenarai dalam kursus TVET

Perasmian Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan ProPain Shah Alam

SHAH ALAM, 23 Julai– Kemahiran fisioterapi akan disenarai sebagai salah satu bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kursus persijilan di peringkat bawahan akan ditawar di beberapa institusi TVET yang akan diumum kelak.

Beliau berkata, ia bertujuan mengatasi isu kekurangan tenaga mahir sektor penjagaan kesihatan dan rehabilitasi di negara ini.

\”Negara kita memerlukan ahli fisioterapi yang ramai, maka ini adalah bidang yang juga harus diceburi tanpa melalui sistem akademik yang biasa.

\”Ini adalah bagi memenuhi keperluan kepada kadar kependudukan. Di negara-negara maju kadar seorang fisioterapi bagi setiap 2000 penduduk. Di negara kita seorang fisioterapi kepada 7,400 penduduk\”, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan ProPain di Shah Alam.

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada mereka yang kurang cemerlang akademik berjaya dalam bidang lain khususnya bidang kemahiran.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, ia merupakan langkah jangka masa panjang yang harus digarap peserta TVET kerana gaji yang ditawarkan jauh lebih baik.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....