Home Nasional FGTM digesa jalin kerjasama dengan tukang jahit mahir ASEAN, Asia
Nasional

FGTM digesa jalin kerjasama dengan tukang jahit mahir ASEAN, Asia

FGTM digesa jalin kerjasama dengan tukang jahit mahir ASEAN, Asia

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berucap pada Pameran Fesyen Antarabangsa Kongres Persekutuan Penjahit Asia (FAMT) ke-28 /BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Persekutuan Persatuan-Persatuan Tukang Jahit Malaysia (FGTM) digesa untuk bekerjasama dengan tukang jahit induk di seluruh rantau negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Asia.

Ia bagi persediaan Malaysia untuk memegang jawatan pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, kerjasama sebegini dapat mempamerkan warisan pakaian tradisional Malaysia yang menonjolkan identiti budaya dan ketukangan negara yang unik.

\”Saya percaya semua yang hadir pasti akan mendapat manfaat daripada Kongres FAMT dengan bertukar-tukar pengalaman, idea dan teknik. Ia akan memupuk kerjasama dalam industri untuk menghadapi dan mengatasi cabaran pasaran dan persekitaran,\”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Pameran Fesyen Antarabangsa Kongres Persekutuan Penjahit Asia (FAMT) ke-28 di ibu negara.

Tambah beliau, industri fesyen kini dikuasi oleh tukang jahit yang berkemahiran dan dapat menjana pendapatan serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau yang mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk memperkasakan lagi industri jahitan Malaysia.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...