Home Nasional Festival Raya Selangor Havoc 2025 tarik pelancong sempena TMS
Nasional

Festival Raya Selangor Havoc 2025 tarik pelancong sempena TMS

Festival Raya Selangor Havoc 2025 tarik pelancong sempena TMS

Exco Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi

KUALA LUMPUR, 17 Mac– Seramai 30 usahawan Selangor daripada 180 vendor akan memperkenal dan menjual produk-produk untuk persiapan Aidilfitri di Festival Raya 108 jam Tanpa Henti di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam bermula Jumaat ini hingga 25 Mac depan.

Exco Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata penganjuran Festival Raya Selangor Havoc 2025 yang julung kali diadakan ini dijangka dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, Jumaat ini.

Katanya, penganjuran festival ini juga dilihat dapat menarik pelancong dari luar untuk ke negeri ini sempena Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025.

\”Memang kita melaksanakan program ini sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung daripada luar Selangor ke Selangor dan kita juga turut mendapat sokongan daripada Tourism Selangor.

\”Saya harapkan program ini dapat meninggalkan dan memberikan impak yang baik kepada ekosistem keusahawanan negeri Selangor dan pada masa sama menguar-uarkan Selangor sebagai salah satu destinasi pelancongankhususnya mereka yang hendak membeli-belah\”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas temu bual dalam program “Kita Selangor” di Konti Selangorfm.

Festival yang mendapat sokongan Unit Perancangan Ekonomi Negeri ini juga turut diselitkan program kerohanian seperti qiamullail, selawat dan qasidah selain menyediakan bilik khas untuk solat Tarawih.

Related Articles

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini
Nasional

Mangga Harum Manis Kedah catat lonjakan pengeluaran tahun ini

Pengeluaran mangga Harum Manis di Kedah pada tahun ini dijangka meningkat hampir...

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO
Nasional

Tengku Ampuan Pahang berkenan sertai larian Hari Sarapan MILO

FOTO RTMKUANTAN, 20 April- Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah...

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia
Nasional

Perkukuh hubungan dua hala, TPM Zahid mulakan lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi / Foto Hiasan...

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara
Nasional

Pekerja perlu fizikal, mental kuat bantu bangunkan negara

Menteri Sumber Manusia Steven Sim (lima, kanan) bergambar kenangan bersama peserta pada...