Home Nasional Festival George Town 2024 diteruskan
Nasional

Festival George Town 2024 diteruskan

Festival George Town 2024 diteruskan

Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 19 Julai- Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyatakan pihaknya tidak akan melayani sebarang permintaan untuk menghentikan penganjuran Festival George Town 2024.

Beliau berkata program tersebut merupakan program tahunan negeri itu.

Perkara itu susulan penganjur tidak menepati isi kandungan video promosi yang dikeluarkan sempena sambutan festival tersebut dengan mengetepikan warisan kebudayaan Melayu.

\”…cuma kerana satu video yang disediakan oleh penganjur, maka ianya mahu dibubarkan oleh George Town World Heritage Incorporated (GTWHI). Saya merasakan permintaan ini tidak munasabah.

\”GTWHI perlu menilai peranan untuk memastikan Georgetown kekal sebagai tapak warisan dan GTWHI telah wujud 16 tahun dan diberi pelbagai penganugerahan dan pengiktirafan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) sendiri,\” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival George Town 2024 di sini.

Bagaimanapun pihak penganjur telah membuat permohonan maaf dan memadamkan kandungan video promosi festival tersebut yang akan berlangsung bermula hari ini sehingga 28 Julai depan.

Sementara ituTimbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menasihatkan orang ramai, khususnya pengguna media sosial supaya tidak memainkan isu-isu sensitif, berhubung penganjuran festival berkenaan.

Menurut Teo, sebarang hantaran di media sosial yang keterlaluan dilihat mampu mencetuskan provokasi.

Pada masa sama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memantau hantaran berunsur perkauman menerusi media sosial berkaitan penganjuran program terbabit.

Namun setakat ini, tiada laporan diterima berhubung perkara tersebut.

\”…mungkin ini kesilapan sebelah pihak tetapi jangan sampai tahap ianya menjadi isu perkauman yang tidak betul. Jadi nasihat saya pengguna media sosial perlu bertanggungjawab dan jangan salah guna kemudahan yang disediakan,\” kata Teo.

Isnin lalu Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), meluahkan kekesalan terhadap penyiaran video promosi sambutan George Town Festival 2024, yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.

Presiden Pemenang Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, klip video itu tidak mempromosikan semangat muhibah di Pulau Pinang, serta diibaratkan menafikan kewujudan budaya kaum Melayu di negeri itu.

Related Articles

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan
Nasional

Pembangunan bakat anak Sarawak dukung hasrat kerajaan

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ Foto Unit Komunikasi Awam SarawakKUCHING, 2...

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala
Nasional

Lawatan kerja PM ke Pakistan, buka lembaran baharu hubungan dua hala

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Mohammad Azhar Mazlan/ BERNAMAISLAMABAD, 1 Oktober-Lawatan...

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat
Nasional

Kecam serangan Israel, Menteri Agama saran buat solat hajat

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na\’im...

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan
Nasional

Proses evakuasi 15 warga Malaysia dari Lubnan

Foto facebook Wisma PutraPUTRAJAYA, 1 Oktober– Kementerian Luar Negeri Malaysia melalui Kedutaan...