Home Nasional Festival Filem Malaysia berpotensi capai taraf antarabangsa, diiktiraf Oscar
Nasional

Festival Filem Malaysia berpotensi capai taraf antarabangsa, diiktiraf Oscar

Festival Filem Malaysia berpotensi capai taraf antarabangsa, diiktiraf Oscar

Fahmi Fadzil berucap pada majlis merasmikan Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) malam ini/RTM

HULU KELANG, 22 November- Festival Filem Malaysia (FFM) dilihat sebagai platform yang mampu mengangkat festival filem nasional ke peringkat antarabangsa dan menjadi hab jaringan berpusat yang berpengaruh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, FFM boleh mencapai status setanding festival antarabangsa seperti Cannes Film Festival (Perancis), Locarno Film Festival (Switzerland), Busan International Film Festival (Korea Selatan) dan Tokyo International Film Festival (Jepun), selain menarik pelaburan dan penajaan daripada sektor swasta dalam serta luar negara.

\”Sebenarnya, FFM berpotensi menjadi salah satu daripada 181 festival filem yang boleh mendapat pengiktirafan Oscar-Academy Award. Oleh itu, saya akan meminta pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk meneliti langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil bagi merealisasikan matlamat ini,\” katanya pada sidang media selepas merasmikan FFM ke-33 (FFM33) di FINAS di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran; Pengerusi FINAS, Datuk Kamil Othman; Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dan Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Bertemakan Evolusi Sinema Malaysia (EMAS), FFM33 menerima 104 penyertaan dengan 95 pencalonan layak bertanding, termasuk 64 filem cereka, 20 filem pendek dan 11 filem dokumentari.

Festival kali ini turut memperkenalkan 57 program sisipan interaktif berasaskan tiga teras utama iaitu Film Bizz, Pembudayaan Sinema dan Peningkatan Profesionalisme.

Malam Kemuncak Anugerah FFM33 dijadualkan berlangsung pada 7 Disember di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, Kota Media dan akan disiarkan secara langsung di TV2.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....