Home Nasional Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya 2024 sasar lebih 1 juta pengunjung
Nasional

Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya 2024 sasar lebih 1 juta pengunjung

Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya 2024 sasar lebih 1 juta pengunjung

Dr Zaliha Mustafa (kiri) pada Majlis Pra Pelancaran RFP 2024 di Putrajaya

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Seramai lebih 1 juta pengunjung disasarkan mengunjungi Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya, RFP tahun ini.

Acara ikonik bertaraf dunia itu akan berlangsung pada 22 Ogos hingga 1 September di Monumen Alaf Baharu, Presint 2.

Memasuki kali ke-13 penganjurannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya meletakkan sasaran pengunjung lebih tinggi kali ini selepas melihat kepada sambutan leuar biasa tahun lalu.

Bertemakan \’Raikan Bersama!\’ penganjuran kali ini mengangkat Petunia sebagai bunga tema acara kerana kepelbagaian warna dan keindahan rupa bentuknya.

\”Festival ini akan mempamerkan lebih 700,000 bunga-bungaan dan tumbuh tumbuhan pelbagai warna. Pada penganjuran kali ini saya menyasarkan lebih daripada 1 juta pengunjung akan hadir,\”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pra Pelancaran RFP 2024 di Putrajaya.

Turut menjadi tumpuan, adalah Astaka Flora yang disertai 10 negara ASEAN termasuklah New Zealand.

Turut diadakan, lebih 100 aktiviti sampingan seperti bengkel, pengisian pentas dan lebih 50 gerai jualan Garden Bazaar, Hort Mart serta kraftangan.

Related Articles

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape
Nasional

Selangor mesyuarat khas teliti haramkan jual vape

Gambar hiasanSHAH ALAM, 25 April – Kerajaan Negeri Selangor sedang meneliti secara...

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari
Nasional

AirBorneo aspirasi Sarawak perkukuh hubungan serantau – Abang Johari

Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg/Foto UKASKUCHING, 25 April – Syarikat...

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir
Nasional

Kuala Selangor, Segamat masih terjejas banjir

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 25 April- Seramai 369 orang daripada 87 keluarga terjejas...

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear
Nasional

IEA sedia bantu Malaysia dalami, kaji penggunaan tenaga nuklear

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah YusofLONDON, 23 April – Agensi Tenaga...